BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 15, 2009

Sila teliti Jadual Jangkaan Malam Lailatul Qadar bagi tahun 2009

Wednesday, September 9, 2009

perkataan yang selalu digunakan oleh kaum hawa...

FINE 
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali-kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. 

LIMA MINIT 
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama juga dengan lima minityang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA 
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesinbasuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH! (dengan kening terangkat) 
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDEAPA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalammasa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. 

MENGELUH YANG KUAT 
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. 

MENGELUH YANG PERLAHAN 
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. 

OKAY LAH 
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAYLAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAYLAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. 

BUATLAH 
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. 

TOLONGLAH 
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. 

TERIMA KASIH 
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

p/s: kepada kaum adam, fahamilah kaum hawa yang selalu sensitif perasaannya...:)

Monday, September 7, 2009

rumah tepi pantai...

ni la die gambar yang terbaru Palm Jumeirah di Dubai









Sunday, August 23, 2009

Kenapa Suami Curang?

Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.

Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.

Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]

Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.

Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.

Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.

Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.

Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.

Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.

Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?

Wallahu’alam.
p/s: utk kaum hawa, sme2la kte mnjadi isteri yg solehah...INSYAALLAH

Saturday, August 22, 2009

Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru
masuk...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat,
sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama
brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung...pakai tudung....
Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !! Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS...
"Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali...,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras....
sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

Friday, August 21, 2009

Kod Babi Pada Makanan

*Penting Untuk Umat Islam Oleh Dr. M. Anjad Khan* 

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan 

Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat 
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. 
 
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan 
produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan 
Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh 
sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. 
 
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada 
juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, 
saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian 
menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang 
dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN 
JANGAN BANYAK TANYA. 
 
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian 
mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah 
daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis 
sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000. 
 
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan 
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-
lemak tersebut. 
 
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? 
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) 
kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi 
tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. 
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar. 
 
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal 
kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. 
 
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan 
dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang 
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan 
pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig 
Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 
40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. 
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara 
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport. 
 
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin 
tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang 
dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya 
memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk 
mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut. 
 
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. 
Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. 
Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang 
kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka 
tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara 
(civil war). 
 
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan 
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang 
yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya. 
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai 
lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi 
(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim 
kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh 
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara 
Islam. 
 
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat 
serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara 
Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar. 
 
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui 
oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan 
dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan 
multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, 
makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih 
banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. 
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-
barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai 
masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat 
yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas. 
 
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu 
bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar 
kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk 
yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod 
tersebut dibawah ini mengandung lemak babi. 
 


p/s: Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam 
dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita. 

sawa bunting yang berjaya dikorbankan









Tips Kejutkan orang bersahur

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara
caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan...

2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada respon jgak buwat camnih...

1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi gempa bumi!tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibelisebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

still gak tak ada respon buwat camnih...

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama diabyk kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaasin....


tapi kalau still tak ada respon jgak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebihmenyayanginya....:)

Tuesday, August 18, 2009

Kurma Yahudi


Tak lame lagi bulan puasa bakal menjelma.....berhati-hati dgn Kurma Yahudi!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.


Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. 
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini. Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas 
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

p/s: Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun!!!!walaupun dari segi ekonomi!

Monday, August 17, 2009

SUBHANALLAH....bayi ditanam masih hidup...










DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan. 

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

“Kesedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu ‘keajaiban’ darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun,” katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel ‘kosong’. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel ‘kosong’ dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya ‘matang’ dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ‘blastocyst’ terjadi. ‘Blastocyst’ lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ‘trophoblast’ dan ‘inner cell mass’. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ‘inner cell mass’.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4..5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa. 

“Keperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,” katanya. 

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat..

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ‘keserasian’ penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta. 

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu. 

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

Thursday, May 28, 2009

THE CUTEST DOLL:)











Rahsie no. rumah...

Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yang anda duduki sekarang ? Apa nombornya? Apa yang membuat anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut? Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda.Jom kita kira apakah nombor yang mewakili rahsia disebalik nombor rumah anda. 

Kiraan:
Nombor 17 = 1+7=8
Jadi angka rumah anda ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah…. 

Nombor 156
= 1+5+6=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya. Cubalah… .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’ dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan. Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya, ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan. 

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabk an sikapmu yang telalu behati-hati, telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.

Sunday, May 24, 2009

alasan berbohong....

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1.
Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.


2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.


3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.


4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.


5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta.


6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.


7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.


8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?


9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.


10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.


Thursday, May 21, 2009

10 cara Mencegah Penularan Flu Babi

1. Jangan berjabat tangan dengan babi yang sedang flu (selain akantertular flu oleh babi, anda juga akan dianggap orang gila)

2. Jangan berciuman dengan babi yang sedang flu (apalagi yang ini, andaga mau kan diliat orang sedang berciuman dengan babi)

3. Cucilah tangan setelah anda bergulat dengan babi di kandang babi3. Jangan suka mengucapkan kata babi ke pada orang lain (babi lu......)

4. Jangan tidur sebelah babi

5. Jangan menerima babi sebagai teman Anda di facebook karena dia dapatmengharvest teman2 Anda di facebook

6. Jikapun Anda memang memelihara babi, sediakan selalu saputangan/tissue untuk babi-babi Anda menutup hidung dan mulutnya bilabersin.

7. Hindarilah berenang di kolam renang babi, setidaknya untuk saat ini.

8. Jangan memforward email ini ke babi-babi, dikhawatirkan mereka jaditau sehingga mencari cara penularan lain

9. Hindari memakai segala asesori babi (kaos gambar babi, anting2 babi,kalung babi, ikat pinggang sabuk babi, dll), babi-babi yang sedang fluitu mungkin akan mengira Anda adalah simpatisan babi, sehinggakemungkinan mereka akan menyerbu Anda untuk meminta perlindungan karenasaat ini banyak yang memburu mereka untuk membunuhnya.

10.Salah satu yang juga penting adalah agar para babi ngepet untuksegera menyadarkan diri dan kembali ke jalan yang benar sebelum merekamenciptakan varian baru virus tersebut; flu babi ngepet.

Tuesday, May 19, 2009

New "Kaaba" Bar will be open in New York, Astaghfirulla





In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.

World’s Most Expensive Foods

The tastiest and most expensive chocolate in the world is Chocopologie 

 by Knipschildt.

The world’s finest and most expensive coffee is Kopi Luwak.

The current record for the most expensive tea is held by a rare 

Chinese green tea called Tieguanyin.

The world’s most expensive tea bag for the PG company.


 The most expensive champagne in the world is Perrier Jouet Belle 

 Epoque Blanc de Blanc.

The most expensive beef in the world is the type of beef coming from the 

 Wagyu cows.

The most expensive sandwich in the world is the club sandwich from 

 Essen aka von Essen Platinum Club Sandwich. 

The most expensive pizza in the world, valued at 8300 Eur can be tasted in Italy.

 The most expensive omelet in the world can be tasted at the 

Le Parker Meridien restaurant in New York. 


The most expensive deserts 

 in the world, served at Serendipity 3, a popular restaurant in the 

Upper East Side of Manhattan.

Saffron, a spice grown worldwide, is derived from the saffron crocus flower.

The most expensive nut in the world is the Macadamia nut.

The most expensive caviar in the world is not the black one, 

 but the almas caviar! The word ‘almas’ is Iranian for diamond.

 The most expensive mushroom in the world is the white truffle.


The most expensive potato in the world is a French one, “La Bonnotte”.