Tuesday, September 15, 2009
Sila teliti Jadual Jangkaan Malam Lailatul Qadar bagi tahun 2009
Posted by emmamajid at 11:35 AM 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
perkataan yang selalu digunakan oleh kaum hawa...
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali-kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama juga dengan lima minityang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesinbasuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDEAPA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalammasa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAYLAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAYLAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.
BUATLAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
p/s: kepada kaum adam, fahamilah kaum hawa yang selalu sensitif perasaannya...:)
Posted by emmamajid at 6:40 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Sunday, August 23, 2009
Kenapa Suami Curang?
Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.
Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.
Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]
Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.
Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.
Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.
Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.
Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.
Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.
Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?
Wallahu’alam.
p/s: utk kaum hawa, sme2la kte mnjadi isteri yg solehah...INSYAALLAH
Posted by emmamajid at 2:43 PM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua
1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru
masuk...
3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat,
sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama
brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung...pakai tudung....
Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !! Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS...
"Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali...,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...
9. Dulu, menunggu pun dah keras....
sekarang, menunggu nak keras...
10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"
Posted by emmamajid at 2:00 PM 0 comments